Tarakan TV

Tarakan TV merupakan sebuah stesen TV awam Indonesia. Ia diasaskan pada 2003 dan mula beroperasi dengan menayangkan siaran perdana pada 1 Ogos 2003. Tarakan TV merupakan stesen televisyen yang masih muda dari stesen TV lain yang sudah ada. Kehadirannya telah menceriakan lagi industri penyiaran Indonesia yang mengutamakan maklumat, pendidikan dan hiburan bagi seluruh lapisan masyarakat. Tidak hairan jika 3 tahun kemudian Tarakan TV mampu mensejajarkan diri dengan media lain di wilayah Kalimantan Timur.Program yang ditayangkan Tarakan TV dapat dinikmati oleh seluruh rakyat hingga ke sempadan Malaysia. Tarakan TV telah menyusun rancangan perniagaan dengan menambah 2 cawangan penyiaran pada akhir tahun 2006 dengan jangkauan siaran yang mencapai 80% dari jumlah penduduk Kalimantan Timur Wilayah Utara. Kini, Tarakan TV sedang membangun stesyen pemancar baru di Pusat Kota Tarakan dengan menara lebih kurang 120 meter untuk meningkatkan kualiti penerimaan siaran di wilayah Tarakan dan sekitarnya yang terganggu akibat perkembangan pembangunan bangunan tinggi dan wilayah yang berbukit. Kecemerlangan dalam mengharungi kancah penyiaran tidak membuat Tarakan TV lupa pada misi sosial sebagai televisyen awam tempatan yang digembar-gemburkan. Kegiatan sosial "Tarakan TV Peduli" dan pelbagai kegiatan lainnya yang digalakkan secara sukarela adalah salah satu bentuk keprihatinan Lembaga Penyiaran Awam terhadap masyarakatnya. Tarakan TV hadir sebagai televisyen tempatan pertama di wilayah utara Kalimantan Timur, sekaligus satu-satunya media yang menyasarkan segmen pelbagai kelas masyarakat. Kehadiranya di Wilayah Utara Kalimantan Timur yang bersempadankan Malaysia, banyak mengupas berbagai sisi maklumat seputar dunia ekonomi, politik, dan budaya yang tersaji secara baik dan komprehensif. Disiarkan dengan gaya yang khas dan bahasa yang santun menjadikan Tarakan TV mudah diterima segenap lapisan masyarakat. Kerana itu, acara yang tersaji mampu memberikan inspirasi sekaligus pencerahan bagi umum. Tarakan TV menjadi media audio visual yang pas dijadikan rujukan utama para profesional, ahli organisasi, mahupun usahawan.